Ads 468x60px

Labels

Monday, September 21, 2015

Take a look inside our shop in GM Klang.

If you are curious how our shop looks like. Watch the video here. 


Remember to visit us at:
2F-13, 2nd Floor, 
Block A, GM Klang,
 Jalan Kasurina 1, 
Bandar Botanik, Klang, 
Selangor, Malaysia

Saturday, September 19, 2015

Bagaimana nak mula perniagaan kiosk di Pusat Beli Belah di Malaysia?

Kebanyakan orang di Malaysia masih bekerja untuk bos-bos. Pernahkan anda fikir nak memulakan perniagaan sendiri. Sebenarnya bukanlah susah sangat nak jadi bos. Salah satu cara adalah menyewa kiosk di Pusat Membeli Belah.





Kebaikan Perniagaan Kiosk di Pusat Membeli-Belah:-

  • Pastinya ada pelanggan-pelanggan yang akan singgah pusat beli belah. Cuaca di Malaysia adalah selalu panas, rakyat di Malaysia memang suka pergi jalan-jalan di shopping mall di mana-mana negeri. 
  • Kiosk yang disediakan sudah hampir 90% siap dan anda hanya perlu membeli besi-besi yang sesuai untuk gantung produk anda. Anda perlu 2-3 jam saja untuk memasang semua besi-besi dan produk. Lepas tu, anda sudah boleh berniaga.
  • Dalam pusat beli-belah, anda tak perlu risau tentang masalah cuaca. Walaupun cuaca di luar panas atau hujan, anda masih boleh berniaga seperti biasa.
  • Hanya seorang pekerja diperlukan untuk menjaga kiosk. Untuk mencari pekerja pun bukan susah sangat. Tanya saja perkerja kiosk yang berdekatan dan mereka pasti boleh rekomen. Kalau tak dapat, berkerja sendiri pun boleh. Untung lebih banyak.
Produk-produk yang sesuai untuk Perniagaan Kiosk:-
  • Produk yang kecil sesuai untuk dipamerkan di Kiosk. Ruang di kiosk memang kecil kalau dibandingkan dengan tapak perniagaan atau kedai. Jadi produk yang kecil memang sesuai sekali.
  • Contoh-contoh produk : Aksesori Perhiasan Wanita, Minyak Wangi, Barang mainan, Aksesori telefon bimbit atau handphone, Jamu-jamu dan sebagainya.
Pilih lokasi yang sesuai :-
  • Untuk perniagaan runcit, lokasi adalah punca yang paling penting untuk menjayakan perniagaan. 
  • Pertama, pilih pusat membeli-belah yang berdekatan dengan rumah anda. Ada kala, apabila ada emergency seperti pekerja sakit, management nak jumpa atau perkara-perkara yang tidak dijangkakan berlaku, anda perlu berada di sana.
  • Pilih pusat membeli belah yang hari biasa pun ada pelanggan singgah. Kalau hanya hari Sabtu dan Ahad saja baru ada orang jalan-jalan, tak payahlah buka perniagaan disitu.
  • Pilih pusat membeli belah yang kebanyakan kedai buka. Kalau ada lebih daripada 20% kedai tutup, maksudnya tempat tu tak begitu ramai orang singgah. Itu sebabnya kedai-kedai 20% tu kena tutup.
  • Selepas dapat pilih lokasi pusat beli belah, kena pula pilih lokasi kiosk di dalam pula. Kalau boleh, buka perniagaan di tingkat "Ground Floor", atau pun tingkat yang ada pintu besar. Biasanya, tak banyak kiosk yang tutup di tingkat bawah. Tingkat paling atas biasanya tak banyak pelanggan yang singgah, jadi tak payahlah bazir masa nak cuba kat situ, walaupun sewanya lebih murah.
  • Selepas memilih lokasi, pergi ke Kaunter Infomasi untuk tanya tentang maklumat lebih lanjut untuk menyewa kiosk.
Setakat ini saja yang saya boleh membantu, untuk seterusnya, terpulang kepada anda sendiri untuk menentukan nasib perniagaan. Anda memerlukan banyak masa, berdedikasi dan komitmen untuk menjayakan perniagaan anda sendiri. Tak kira perniagaan apa pun sama.

PM Borong adalah pemborong aksesori wanita dari Pusat Borong GM Klang.

Tuesday, September 8, 2015

Manik-manik pandora inspired baru! Baju Frozen Berjuntai

Kami ada manik-manik baru! Khas untuk gelang Pandora Inspired.
Pasti laris kerana ada Frozen dress yang berjuntai.



Friday, September 4, 2015

Di mana untuk memulakan Perniagaan Online di Malaysia?


Saya percaya terdapat ramai orang di Malaysia ingin memulakan perniagaan mereka sendiri. Anda boleh bermula dengan cuba menjual di Internet. Memulakan Perniagaan Online bukannya susah sangat.

Berikut adalah beberapa website yang anda boleh cuba: -

1) Ebay.com.my – Anda boleh jual dengan percuma dan salah satu tempat yang terbaik untuk menjual online. Tak seperti Ebay.com, laman web ini tidak memerlukan anda untuk membayar apa-apa peratusan jualan kepada mereka. Ini masih sebuah laman web daripada syarikat US, Ebay. Anda juga boleh menerima Paypal untuk pembayaran.

2) Lelong.com.my - Laman web ini adalah lebih popular daripada Ebay di Malaysia. Ia bermula agak kecil, tetapi akhirnya berkembang dan mula mendapat banyak perniagaan. Kebanyakan perniaga membuka kedai-kedai mereka sendiri dalam laman web ini. Walau bagaimanapun, reka bentuk laman web ini tidak beberapa cantik.

3) Mudah.my - Ini adalah satu laman membeli-belah yang dilawati ramai di Malaysia. Anda boleh mendapatkan apa-apa saja dalam laman web ini. Senang untuk peniaga meletakkan barang-barang untuk dijual. Ia juga lebih mudah kerana ia tidak memerlukan anda untuk memulakan mana-mana akaun dengan mereka. Walau bagaimanapun, semua senarai akan disemak oleh kakitangan mereka untuk memastikan mereka adalah sah.

4) Lowyat.net - Forum ini telah dimulakan oleh sekumpulan Pakar Teknologi. Selepas beberapa tahun, ia telah mendapatkan ramai pengikut dan lama-kelamaan menjadi peminat juga. Anda boleh melihat orang memakai lowyat.net T-shirt. Mereka juga mula laman web kedai online mereka sendiri seperti StoreKini, terutamanya yang menjual barangan IT. Dalam forum ini, banyak lowyatian (pengguna forum) telah memulakan perniagaan mereka. Anda juga boleh melihat sejarah jualan mereka juga.

5) Shopee - Anda kini boleh juga membeli dan menjual dari sebuah aplikasi handphone yang dikenali sebagai Shopee. Anda hanya perlu install ke dalam handphone anda, daftar dan mula menjual. Ramai pembeli mengakses internet melalui handphone sekarang, saya percaya platform yang baru ini akan menjadi tempat yang hebat untuk menjual.

6) Carousell - Satu lagi aplikasi handphone yang dipanggil Carousell. Dengan menggunakan Carousell, anda boleh menjual di handphone. Ianya seperti shopee juga. 

7) Selain di atas, cuba menjual di Facebook dengan memulakan Page. Buat promosi Page itu melalui keluarga dan rakan-rakan dengan mengunakan social media di Facebook. Cuba untuk menganjurkan pertandingan dan memberi hadiah kepada pemenang. Cara ni memang sudah terbukti.

8) Instagram adalah satu lagi aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menjual juga. Ambil gambar produk dan meletakkan harga barang yang di dalam gambar yang sama. Hash tag produk anda dengan sewajarnya untuk memastikan lebih ramai orang boleh melihat gambar anda.

Anda boleh memborong produk dari PM Borong. Produk kami terbukti sesuai untuk pasaran di Malaysia. Datanglah ke kedai kami untuk melihat sendiri.

PM Borong adalah pemborong aksesori fesyen di 2F-15 dan 2F-13 Tingkat 2, GM Klang, Bandar Botanic, Klang, Selangor, Malaysia.

Anda juga boleh lawat laman web kami borongborong.com untuk terus membeli secara online.