Ads 468x60px

Labels

Tuesday, April 22, 2014

Kids Accessories for Wholesale

PM Borong also wholesale Kids Accessories. Get them at 1F-69, 1st floor, GM Klang, Bandar Botanic, Klang

PM Borong juga ada Aksesori Kanak-Kanak untuk diborong. Datanglah ke1F-69, 1st floor, GM Klang, Bandar Botanic, Klang.

Kita ada pelbagai baby headband untuk diborong.


Kami juga borong topi bayi


Banyak set aksesori budak perempuan

Memulakan Perniagaan di Internet



Hai rakan-rakan sekalian, saya percaya terdapat ramai orang di Malaysia ingin mempunyai perniagaan sendiri. Anda boleh cuba memulakan perniagaan anda dengan menjual produk di Internet. Memulakan Perniagaan secara online bukannya susah.

Berikut adalah beberapa laman web yang anda boleh cuba secara percuma:-

1) Ebay.com.my - Laman web yang terkenal ini adalah percuma untuk digunakan dan salah satu "website" yang terbaik untuk menjual secara online. Tidak seperti Ebay.com , laman web ini tidak memerlukan anda untuk membayar apa-apa komisen kepada mereka. Anda juga boleh menerima bayaran dengan Paypal,

2) Lelong.com.my - Laman web ini adalah lebih popular daripada Ebay di Malaysia. Laman ni bermula secara kecil-kecilan, tetapi akhirnya berkembang dan menjadi popular. Kini, ramai peniaga membuka kedai-kedai mereka sendiri dalam laman web ini . Walau bagaimanapun , reka bentuk laman web ini tidak sekemas Ebay.com.my.

3) Mudah.my - Laman ini merupakan laman internet yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Mungkin kerana design website ini nampak simple and nice. Anda benar-benar boleh mendapatkan hampir apa-apa saja dari laman web ini. Untuk meyenaraian item juga lebih mudah kerana anda tidak perlu mendaftar. Walau bagaimanapun, semua product atau servis akan ditapis dahulu oleh kakitangan Mudah.my. Biasanya, mengambil lebih kurang 1 atau 2 hari.

4) Lowyat.net - Forum ini dimulakan oleh sekumpulan IT profesional . Selepas beberapa tahun , ia telah dapat mendapat ramai member. Kini, anda boleh melihat ramai orang memakai T-shirt lowyat.net dan pelekat di cermin kereta. Kebelakangan ini, mereka juga bermula laman web stor mereka sendiri, StoreKini. Dalam forum ini, banyak Lowyatian ( member forum) telah memulakan perniagaan mereka.

Di dalam Internet, terdapat banyak lagi forum seperti Cari, CariGold dan JBTalk.

5) Blogger.com - Anda boleh memulakan blog anda sendiri secara percuma. Pastikan anda masukkan informasi penting seperti, alamat emel, gambar-gambar produk, harga produk dan deskripsi produk.

Selain di atas, anda boleh cuba menjual di Facebook Page. Cuba menganjurkan pertandingan dan memberi hadiah kepada pemenang.

Instagram adalah aplikasi yang anda boleh menggunakan untuk menjual juga. Guna Samsung atau Iphone anda untuk mengambil gambar produk. Masukkan gambar dengan harga barangan di Instagram. Pastikan anda "Hash tag" produk supaya lebih ramai orang boleh melihat gambar anda.

Untuk sumber produk, anda boleh mendapatkan dari PM Borong . Produk kami terbukti sesuai untuk pasaran Malaysia. Datang untuk melihat untuk diri sendiri.

PM Borong adalah pemborong aksesori fesyen wanita di 2F -15, Tingkat 2 , GM Klang, Bandar Botanic , Klang, Selangor , Malaysia.